27 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua riders & kenalan.Mudah-mudahan segala amalan kita sepanjang Ramadan ini diterima oleh Allah SWT.Dan juga di ucapkan selamat menyambut Shawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan disamping rakan-rakan dan sanak saudara.MINAL AIDIL WAL FAIZIN-MAAF ZAHIR & BATIN

28 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 1432 H

Kepada sahabat handai & rakan taulan..sebelum tibanya 1 Ramadan ini..teman memohon berbanyak ampun dan maaf jika ada teman terkaso bahasa atau apa je yang boleh membuat sahabat-sahabat semua terasa atau tersinggung..MAAFKAN AYE.Semoga amalan puasa kita diterima & mendapat ganjaran dari NYA.InsyaAllah..

25 July 2011

PROGRAM KECERGASAN KPM PERINGKAT PERAK TENGAH

Tarikh   : 23hb.Julai 2011
Tempat : Mini Stadium Seri Iskandar
Masa    : 0730 hrs.





16 July 2011

KAYUHAN CINTA NEGARA 16 JULAI 2011

TARIKH : 16 JULAI 2011
MASA : 0730 HRS - 1630 HRS
TREK KAYUHAN : IPOH - PARIT
PESERTA SIT : 26 ORG
TEAM SIT DI JEMPUT MENYAMBUT & MENGIRINGI PESERTA KAYUHAN CINTA NEGARA DARI SIPUTEH KE PARIT







Banyak lagi gambar disini

Seramai 200 orang riders dari kelab Associated Cyclospotif Trekkers (ACT) telah memulakan kayuhan dari kediaman MB Perak di Ipoh dan sampai di Batu Gajah lebih kurang jam 1200.Selepas solat Zohor dan makan tengahari,kesemua peserta meneruskan kayuhan ke Parit.Riders dari kelab berbasikal Seri Iskandar (SIT) telah dijemput untuk menyambut dan mengiringi konvoi kayuhan dari Siputeh ke Pekan Parit.Jam lebihkurang 1615 semua peserta kayuhan ACT & SIT selamat sampai ke Rest House Parit dan disambut oleh YB Drs Nizar B.Hj.Zakaria ( Ahli Parlimen Parit ).Peserta disajikan dengan minuman petang dan persembahan tarian sewang oleh kumpulan kesenian & kebudayaan orang asli Kg.Sg.Perah Parit.

07 July 2011

PROGRAM BERBASIKAL JELAJAH CINTA NEGARA

PROGRAM BERBASIKAL JELAJAH CINTA NEGARA 2011



UNDANGAN SAMBUTAN DAN MENGIRINGI PESERTA SEMPENA ACARA BERBASIKAL JELAJAH CINTA NEGARA.



DIANJURKAN OLEH KELAB ASSOCIATED CYCLOSPORTIF TREKKER (ACT) AKAN MELAKSANAKAN PROGRAM BERBASIKAL JELAJAH CINTA NEGARA FASA 3 BAGI TAHUN 2011. PROGRAM INI DILAKSANAKAN DGN KERJASAMA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS). IANYA BERMULA PADA 16 JULAI 2011 DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR DAN DIJANGKA BERAKHIR DI PENGKALAN BHARU, PANTAI REMIS PADA 17 JULAI 2011. PESERTA BERBASIKAL SERAMAI 200 ORG BERSAMA 50 ORG TEAM PENDOKONG.

PIHAK PENGANJUR MENGUNDANG KELAB BERBASIKAL SERI ISKANDAR BAGI MENYAMBUT DAN MENGIRINGI PARA PESERTA KAYUHAN PADA 16 JULAI 2011 DARI PERUMAHAN AWAM, SIPUTEH BATU GAJAH HINGGA KE PEKAN PARIT DAN PADA PAGI AHAD 17 JULAI 2011 DARI PEKAN PARIT KE SIMPANG BULUH AKOR.


SEHUBUNGAN DENGAN PROGRAM TERSEBUT KELAB BERBASIKAL SERI ISKANDAR AKAN MENGHANTAR SERAMAI 50 ORANG, UNTUK TERLIBAT DENGAN PROGRAM TERSEBUT. KEPADA AHLI YANG BERMINAT BOLEHLAH "SMS" BAGI NAMA DGN SEGERA KEPADA:

EN. SALEHAN : 016 5052354

EN. KHALAILI : 017 5077395

EN. AZAHARI : 017 7647154

TN. KAMARUL : 017 5581676

EN. HASNOL : 019 5165539

EN. MOHD NOOR : 013 5819899

TENTATIF ATUR CARA:



16 JULAI 2011
(3.00 PTG)

KETIBAAN KONVOI ACT BIKERS DISAMBUT OLEH SIT DI PERUMAHAN AWAM SIPUTEH, BATU GAJAH DAN MENERUSKAN KAYUHAN KE PEKAN PARIT.

(4.00 PTG)

DI JANGKA SAMPAI DI DATARAN PARIT DAN DISAMBUT OLEH YB AHLI PARLIMEN PARIT SERTA KETUA-KETUA JABATAN DAN ORANG KAMPUNG.

PERSEMBAHAN SELAMAT DATANG DAN TARIAN SEWANG OLEH ORANG ASLI SG. PERAH.

JAMUAN MINUM PETANG DI REST HOUSE PARIT.

17 JULAI 2011
(8.00 PAGI)

MAJLIS PELEPASAN KONVOI OLEH YB DATO' HJ MOHD ZAIM & YB DRS. MOHD NIZAR DI PERKARANGAN REST HOUSE PARIT.

(8.30 PAGI)

KONVOI BERGERAK KE BERUS. TEAM SIT MENGIRINGI SAMPAI BULUH AKOR SAHAJA DAN KITA TERUS MASUK TREK OFFROAD KE CHANGKAT BANJOR DAN TERUS KE PARIT. SELESAI.

04 July 2011

KAYUHAN MALAM 1HB.JULAI 2011










09 June 2011

Hari Tanpa Tembakau 10 JUN




22 May 2011

Eksplorasi Berbasikal Trail Arkeologi Lenggong

Tarikh Kayuhan : 28/5/2011
Masa Kayuhan : 8.00am
Tempat Berkumpul : Dataran Lenggong
Jarak Kayuhan: 35km
Yuran Penyertaan : PERCUMA
Goodies : Baju untuk 100 riders SAHAJA
Baverage : Sarapan Pagi dan Makan Tengahari DISEDIAKAN























Tujuan Kayuhan :

Untuk memperkenalkan Daerah Lenggong sebagai destinasi Pelancongan berasaskan Arkeologi dan juga mempekenalkan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Terdapat 6 buah Gua yang boleh dikunjungi dan juga tapak eskavakasi disekitar Daerah Lenggong. Terdapat juga kawasan perkelahan yang sesuai untuk seisi keluarga dimana terdapatnya air terjun yang sungguh nyaman dan dinggin.

Tasik Raban juga terletak di Daerah Lenggong yang sinonim dengan IKAN PEKASAM yang enak. Terdapat beberapa pengusaha perusahaan kecil-kecilan ikan pekasam ini. Restoren berasaskan ikan air tawar juga terletak di Daerah ini. Dimana menu utama adalah ikan-ikan air tawar yang dipelihara disekitar Tasik Raban.

Majlis Daerah Lenggong juga berusaha untuk melobi agar Daerah Lenggong ini dapat diWARTAkan sebagai Tapak Warisan Dunia/Arkeologi dari UNESSCO. Ini ada langkah permulaan dimana para pemerhati dari UNESSCO juga akan hadir dan menilai segala kemudahan dan pasarana yang sedia ada disekitar Lenggong.

Diharapkan masyarakat sekitar dapat menghadirkan diri dan bersama-sama memeriahkan acara yang akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 27/5/2011 sehingga 29/5/2011. Acara ini akan dirasmikan oleh YM Raja Muda Perak pada 27/5/2011.

09 May 2011

KAYUHAN RAKAN COP : POLIS BERSAMA MASYARAKAT



















Template by:

Free Blog Templates